Wednesday, June 25, 2014

Conundrum Siaran Piala Dunia 2014

1. Piala Dunia 2014 di Brazil ini menyaksikan monopoli Astro dalam industri penyiaran negara

2. Untuk mendapatkan pass untuk tonton semua perlawanan live perlu bayar RM100. Dan boleh juga beli satu perlawanan live dengan harga RM6, jadi lagi mahal jika beli satu-satu perlawanan
RM6 X 64 perlawanan = RM 384

3. Hanya perlawanan tertentu sahaja yang percuma untuk ditonton di TV1 dan Astro Arena 801. Setakat ini, mana-man perlawanan yang disiar secara live di 801, ada juga siaran live di RTM TV1.

4. Seingat saya dalam Piala Dunia sebelum ini, stesen-stesen Media Prima (TV3, NTV7, TV8, TV9), stesen RTM TV1 dan TV2 ada menyiarkan Piala Dunia secara live. Stesen-stesen ini seperti bekerjasama, sebagai contoh, jika suatu perlawanan tiada live di TV1, akan ada live perlawanan tersebut di TV3. Tapi sekarang tak macam itu, tiada live di Astro Arena bermakna tiada live juga di TV1. Satu perlawanan live dalam satu hari secara percuma di TV1 dan 801 belum tentu ada atau mungkin ada satu je perlawanan live dalam sehari.

5. Hypp TV Unifi pula tak payah cakap la, memang tiada langsung berita tentang Piala Dunia walaupon ada 2 channel astro supersport di situ. Cuba tanya 100 pengguna Unifi secara rawak adakah mereka tonton Hypp TV sekurang-kurangnya sekali seminggu, mungkin kurang 50 orang akan jawab ya. Saya sendiri dah berbulan-bulan tak on Hypp TV itu. Patutnya buat opsyen Unifi tanpa Hyyp TV dengan kadar bayaran yang lebih rendah kan?

6. Ini seperti Astro sedang monopoli dan membuli penonton. Mungkin ini salah FIFA yang menaikkan bayaran hak penyiaran sehingga Astro sahaja yang mampu. Mungkin ini juga salah kita kerana suka sangat tengok bola. Atau ini mungkin salah kerajaan yang membiarkan monopoli ini berlaku.

7. Antara inisiatif yang boleh dilakukan untuk pecah monopoli Astro:
a) RTM, Media Prima dan TM Hypp TV kongsi duit dan beli hak penyiaran dan setiap stesen siarkan perlawanan live secara bergilir-gilir
b) Kerajaan (mungkin melalui Kementerian Penerangan atau KBS) mengarahkan Astro dan stesen-stesen TV lain kongsi duit dan beli hak penyiaran dan siarkan perlawan-perlawanan secara live dan bergilir-gilir.
Mugkin ada alternatif lain yang tidak saya terfikirkan.

8. Tak bekerjasama untuk kepentingan rakyat dalam hal bola ini tidak mengapa la lagi. Tidak bekerjasama dalam hal yang lebih besar seperti isu air jangan la ye.

9. Tetapi selepas membaca artikel di utusan seperti di bawah, saya rasa badan induk FIFA lah penyebab utama kepada masalah ini dan kenaikan kos untuk mendapatkan hak penyiaran ini. Sebahagian perlawanan pun dah kena bayar RM 20 juta.

10. Adakah semua rakyat di negara-negara yang bertanding seperti Nigeria, Ivory Coast dapat menonton Piala Dunia ini secara percuma atau FIFA lebih pentingkan usaha untuk penuhkan poket mereka sendiri je?

WAllahua'lam.

Petikan artikel dari Utusan:

"PUTRAJAYA - Rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan berpeluang menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia secara percuma pada masa hadapan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, ini kerana kos mendapatkan hak siaran eksklusif kejohanan tersebut meningkat setiap kali penganjurannya, selaras dengan perubahan kecanggihan teknologi produksi yang digunakan.
Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membelanjakan RM20 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2014.
"Saya menjangkakan kos mendapatkan hak penyiaran pasti akan terus meningkat, mungkin kepada RM40 juta hingga RM50 juta pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pra pelancaran sambutan Kemerdekaan ke57 di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan rakyat berhubung ketidakseragaman penyiaran perlawanan di beberapa saluran televisyen.
Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa keputusan berhubung penyiaran semua perlawanan Piala Dunia bergantung kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Kita kena faham sukan sudah menjadi mahal kerana ini merupakan sebuah industri besar, dulu kita anggap sukan untuk dapatkan pingat dan menjaga kesihatan sahaja.
"Oleh itu, industri besar ini perlu dilindungi oleh pihak yang mengasaskannya, dalam konteks ini ialah FIFA," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan semua negara menyediakan siaran perlawanan Piala Dunia secara percuma kepada rakyat masing-masing.
Beliau memberi contoh Singapura dan Britain yang menetapkan penduduk negara berkenaan perlu membuat pembayaran untuk menonton perlawanan kejohanan tersebut.
"Paling banyak pun mereka hanya boleh melihat sedikit sedutan-sedutan perlawanan sahaja, tetapi di Malaysia masih beruntung kerana dapat lihat sebahagian secara percuma melalui RTM," katanya."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140625/su_01/Tiada-lagi-siaran-percuma-Piala-Dunia---Shabery#ixzz35l88gKxQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...