Top 5 overall:
1. Spain
2. Netherlands
3. Germany
4. Brazil
5. Argentina
Top 3 Africa:
10. Egypt
16. Ghana
21. Ivory Coast
Top 3 Amerika Utara:
18. USA
27. Mexico
56. Honduras
Top 3 Amerika Latin:
4. Brazil
5. Argentina
7. Uruguay
Top 3 Asia:
26. Australia
29. Japan
39. Korea Selatan
Top 5 Asia Tenggara:
119. Thailand
126. Indonesia
136. Vietnam
139. Singapura
142. Malaysia
Malaysia naik 2 anak tangga selepas menang 2010 AFF Suzuki Cup. Aku pun tak faham macam mana Ranking FIFA ni bagi points. Ini bermakna skuad Harimau Malaysia perlu berusaha lebih keras lagi supaya dapat masuk dan menjuarai kejohanan di peringkat Olimpik, Asia, Komanwel dan dunia. InsyaAllah Malaysia boleh menang World Cup juga. Impossible is nothing!
Ref: http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/lastranking/gender=m/fullranking.html#confederation=25998&rank=200
Thursday, January 13, 2011
The unsinkable titanic
Bila cakap tentang Titanic mesti semua orang terbayang tentang kapal yang karam dan filem itu kan?
RMS Titanic adalah kapal penumpang yang terbesar masa zamannya, 1912.
Kapal ini karam semasa pelayaran pertamanya dari England ke New York City.
Soal siasat yang dibuat selepas kejadian itu mendapati banyak perkara yang menyebabkan kapal ini karam sehinggakan ada orang mengatakan kapal ini memang ditakdirkan untuk karam bermula dari kapal itu dibuat lagi.
Berikut adalah sebab-sebabnya:
- Kayu yang digunakan untuk membuat kapal ini bermutu lebih rendah daripada standard yang dikenakan pada masa itu.
- Bot penyelamat (lifeboats) di atas kapal telah dikurangkan daripada jumlah yang telah ditetapkan. Katanya "penumpang tidak membayar tiket untuk melihat bot-bot ini".
- Pekerja yang sepatutnya meninjau keadaan sekeliling tidak membawa teropong menyebabkan mereka lambat mengesan iceberg yang dilanggar.
- Wireless radio operator yang sibuk melayan mesej penumpang telah mengendahkan/ mengambil ringan mesej/isyarat yang diberi oleh kapal Californian tentang iceberg yang terdekat dan dengan nada marah operator Titanic itu telah membalas "Shut up, shut up, I am busy; I am working Cape Race".
Pada 14 April 1912, 11.40 pm Titanic telah bergeser dengan iceberg.
- Air masuk ke dalam kapal lebih cepat dari yang dijangka sebab tombol (bolt) yang digunakan untuk membuat kapal itu tidak berapa kuat.
- Isyarat minta bantuan yang diberi kepada kapal yang terdekat, Californian telah gagal kerana isyarat radionya telah ditutup kerana tersinggung dengan kata-kata operator Titanic sebelum itu. Ini menyebabkan ramai penumpang yang mati kesejukan ditambah dengan kekurangan 'lifeboats'.
Akhirnya kapal Titanic yang dikatakan tidak mungkin tenggelam telah tenggelam pada 15 April 1912, 2.20 am.
Harap tragedi ini dapat dijadikan ikhtibar sebab "who do not know the past are condemned to repeat it"
Sumber: History Channel, Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)