Zakat merupakan rukun islam yang ke-4. Harta perlu dizakatkan sekiranya harta tersebut spt duit dlm akaun bank dll.:
- kekal tidak diusik/diambil di dalam akaun itu selama 1 tahun.
- harta tersebut bernilai lebih dari nilai 85 gram emas pada masa berkenaan.
Dan jika 2 syarat itu dipenuhi, maka 2.5% dari harta tersebut perlu dizakatkan.
#Contoh (jika harta tersebut adalah duit dlm akaun bank):
-Dengan anggapan 2 syarat di atas telah dipenuhi.
Harga emas untuk 1 gram = USD $45.01
Harga emas untuk 85 gram = USD $45.01 * 85 = USD $3, 825.85
Nilai emas tersebut ditukarkan kpd Ringgit Malaysia (RM), note: USD $1 = RM 3.29
Maka, nilai 85 gram emas dalam RM ialah = USD 3 825.85 * 3.29 = RM 12 587.05
Jika jumlah simpanan yg kekal selama setahun dlm akaun bank itu ialah RM 12 600 (lebih dari nilai 85 g emas pada masa tersebut), maka nilai yang perlu dizakatkan ialah 2.5% daripada jumlah tersebut iaitu:
RM12 600 * 2.5% = RM 315
p/s: wallahualam, harap sesiapa yang pakar dpt membetulkan andai ada kesilapan pada penerangan di atas.
No comments:
Post a Comment