Friday, July 15, 2011

Amalan Untuk Mendapat Perlindungan Dari Allah




2 ayat terakhir dalam surah At-Taubah Ayat 128 & 129….

hendaklah dibaca sebanyak 7 kali..dan sebaik-baiknya dibaca bersama-sama dengan doa pagi & petang.. insya allah..sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan serta kita bertawakal pada ALLAH SWT..dan diberikan keizinan serta perkenan dari ALLAH SWT..
Maksud ayat :
  …Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (128) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (129)…
Sumber Komen dari Video youtube:
 Merujuk kepada kitab ''Peti Rahsia'' karangan Dato'Nik Mahmod ( Dato Paduka Menteri Paduka Raja) bin Ismail , diterbitkan pada tahun 1946 menyatakan sekiranya diamalkan surah inisebanyak 7kali setiap solat fardu '' nescaya bertukar kedaifan kpd kekuatan, berganti kehinaan jadi kemuliaan, kemenangan atas gerak geri seterunya, memudahkan baginya oleh Allah swt akan pekerjaan dan akan terbayar segala hutang2nya, dan jauh daripada dukacita, dan luas kehidupan dgn mendapat rezeki yang banyak.


Sumber: http://selangor2u.com/blog/forum/agama/amalan-untuk-mendapat-perlindungan-dari-allah/#ixzz1S93cJVLl 
www.s2u.my 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...