Monday, March 7, 2011

Air beras subur tanaman

Anda mesti pernah main game Farmville di facebook bukan? Tapi ini bukan tentang game itu, artikel ini tentang macam mana nak suburkan tanaman in real life. All the best!

TANAMAN kekal subur dan menghijau jika rutin penjagaan dan penyeleng�garaan diberi perhatian sepenuhnya.
Penggunaan baja dan jadual siraman yang sesuai antara lang�kah terbaik bagi memastikan tanaman sentiasa segar. 

Petua 1 
Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang dikatakan sesuai untuk menyuburkan bunga ros. 

Langkah berkenaan ialah dengan hanya menumbuk baja itu hingga lumat sebelum dikeringkan.

Pastikan ia benar-benar kering mengelakkan kewujudan perosak yang membahayakan bunga ros berkenaan.

Seterusnya anda perlu me�nabur baja berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Sungkup atau gembur baja kompos yang ditabur pada permukaan tanah bagi membantu mikro organisma tanah menyerap bahan berkenaan.

Uniknya tanah yang digembur baik untuk pertumbuhan dan membantu meningkatkan tumbesaran tanaman.

Pertumbuhan pucuk dan tunas lebih sihat dan subur dapat dihasilkan sepenuhnya menerusi penggunaan baja berkenaan.


Petua 2

Air cucian beras bukan sekadar menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi juga sesuai dijadikan bahan siraman pokok bunga.

Ia juga membantu tanaman ros di taman anda berbunga segar dan menyerlahkan variasi bunga warna menarik.


Petua 3

Air basuhan ikan yang disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman.

Ini kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.


Petua 4

  • Air rendaman bawang putih atau merah boleh dimanfaat�kan kegunaannya.

  • Ia dikatakan dapat menghasilkan pucuk baru dan bunga subur dengan langkah mudah iaitu direndam semalaman dalam air.

  • Air itu kemudian disiram pada tanaman tanpa membuang kulit bawang pada keesokan hari dan amalkan petua itu lebih kerap supaya tanaman kembali sihat dan segar.


    Petua 5

  • Serbuk kopi dan teh jangan dibuang sebaliknya ia dikata�kan membantu menyuburkan tanaman anda.

  • Cara mudah dengan hanya menaburkan ia di sekeliling pangkal tanaman dan tanpa mengambil masa lama ia pasti membuahkan hasil membang�gakan.


    Petua 6

  • Serbuk kayu antara bahan semula jadi yang boleh dimanfaatkan sebagai baja tanaman.

  • Campurkan bersama tanah dan gaul hingga rata barulah ditanam di sekelilingi tanaman anda itu dan jangan lupa rutin siraman.



  • Sumber
  • No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...