Monday, March 19, 2012

#1 Info of the week - Berapa Nilai Apple?

Kat sini ATK nak bincang tentang nilai market Apple sekarang. Bukan Apple buah yang kita makan tu tapi Apple yang buat iphone,ipad dll. 


Pada 2 Mac 2012, nilai pasaran Apple adalah $506.2 billion. Sebelum ini sudah ada syarikat-syarikat lain yang telah melepasi paras nilai tertinggi mereka melebihi $500 billion. Contohnya, Microsoft ($615 billion in Desember 1999), General Electric ($594 billion in Ogos 2000), Cisco Systems ($557 billion in Mac 2000), ExxonMobil ($527 billion in October 2007) dan Intel ($502 billion in Ogos 2000).


Jika nilai pasaran Apple sekarang dibandingkan dengan GDP/ KDNK negara-negara di dunia ni, Apple mempunyai KDNK ke-18 terbesar didunia; lebih dari KDNK negara seperti  Poland ($469.4 billion), Belgium ($469.3 billion), Sweden ($458.9 billion), Arab Saudi ($434.6 billion). Nilai pasaran Apple juga setengah dari KDNK Australia (~$1 trillion) dan lebih dari KDNK Poland + KDNK costa Rica.


Kat pasaran saham sekarang ni Apple adalah syarikat yg paling bernilai. 16.2 kali lebih bernilai dari Dell ($31.1 billion)10.1 lebih berharga dari Hewlett Packard ($50.3 billion). Apple 2.5 kali lebih besar dari Google ($202.1 billion) dan lebih kurang 2 kali lebih besar dari Microsoft ($269.6 billion). 

Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar di dunia perlu mengeluarkan/mengeksport minyaknya secara maksimum (10.52 juta tong setiap hari) selama 87 hari untuk menjana pendapatan yang sama dengan pendapatan Apple pada hari ini. Untuk membeli syarikat Apple hari ini, Arab Saudi perlu gunakan semua pendapatan hasil jualan minyak mereka selama 15 bulan.

The New York Federal Reserve mempunyai simpanan emas terbesar didunia berjumlah $367.2 billion, kurang dari nilai Apple. Nilai Apple 3 kali lebih dari nilai simpanan emas kedua (Jerman) dan ketiga (IMF) terbesar didunia.

Nilai Apple lebih dari hutang Greece yang berjumlah $462 billion

Semua nilai yang disebut adalah dalam US Dollar.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...