Sunday, December 7, 2014

Cadangan First XI Malaysia vs Vietnam - 2nd leg Semifinal Suzuki Cup 2014

 Starting XI first leg  https://www.facebook.com/AstroArenaSaluran801/photos/a.594616090578298.1073741827.137810532925525/882379971801907/?type=1&theater

 Cadangan First XI untuk 2nd leg http://startingeleven.co.uk/starting-eleven.php


  1. Pemain-pemain Vietnam laju, oleh itu perlu gunakan pemain yang muda, laju dan bertenaga.
  2. Khairul Azhan keeper yang bagus juga dan perlu diberi peluang bermain. 
  3. Begitu dengan Baddrol perlu diberi peluang untuk bermain kali ini. Baddrol perlu diturunkan berbanding Kunanlan. Walaupun Kunanlan bagus tapi dia tidak beri impak yang besar pada pasukan setakat ini.
  4. Mahalli dan Zubir boleh naik atas sikit, bantu serangan sekali-sekala seperti buat cross tapi jangan kerap sangat. Bila Mahalli pergi atas sikit, Hafiz perlu back-up pertahanan. Bila Zubir pergi atas sikit, Gary perlu cover pertahanan. Dengan itu Alex dan Baddrol boleh tumpu pada serangan.
  5. Safiq boleh tumpu pada serangan, bila Hafiz dan Gary ke atas bantu serangan, Mahalli dan Zubir tidak perlu ke atas.
  6. Masa first leg, apabila Vietnam menyerang, ada sahaja pemain-pemain Vietnam (mungkin pemain sayap) yang membuat larian laju ke bahagian flank kanan atau kiri. Jadi, Gary atau Hafiz perlu halang pemain tengah Vietnam dari membuat hantaran ke pemain sayap yang berlari itu. Mahali atau Zubir perlu menghalang pemain sayap itu dan Fadhli dan Shukor menjadi barisan terakhir pertahanan sekiranya Mahali atau Zubir terlepas.  
  7. Alex dan Baddrol perlu bermain baik seperti mana mereka bermain untuk pasukan negeri masing-masing. Setakat ini, Alex seperti belum bermain pada tahap sebenar. Pemain lain juga perlu main dengan baik. 
  8. Jika ada pemain tidak bermain baik, tukar pemain itu sebelum minit ke-60. Jika Gary dapat kad kuning masa first half, cepat2 tukar dia dengan Badri Radzi atau Indra Putra sebaik saja second half bermula. Pemain lain perlu juga elak kena kad kuning kedua dan kad merah.
  9. Masa first leg, banyak simpan bola, pastu hilang bola dengan mudah, elak perkara ini masa second leg. Cepatkan hantaran dan dapat bola dekat dengan gawang Vietnam, terus rembat on target, at least dapat try keeper. 
  10. Misi untuk jaringkan 2 gol, lagi bagus 3 gol dengan bolos kurang dari jaringan. Insha Allah, Harimau Malaya masih boleh ke peringkat akhir. WAllahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...